HAB METASEL merupakan sebuah inisiatif strategik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 2025 bagi menyokong agenda Metamorfosis Selangor (metaSEL). Inisiatif ini diwujudkan sebagai satu platform untuk menghimpun, menyelaras dan memperkasakan pelbagai produk inovasi, digital dan teknologi di Negeri Selangor, serta sebagai pusat rujukan kepada usaha-usaha inovasi yang telah dan sedang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor.
Hab metaSEL ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem inovasi, digital dan teknologi sektor awam negeri Selangor dengan memberi tumpuan kepada produk-produk inovasi yang terhasil daripada program rasmi seperti Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) dan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS). Ia juga bertindak sebagai jambatan antara dunia fizikal dan digital yang menghubungkan kerajaan dan masyarakat yang lebih efektif dan pantas.
Selain menjadi pusat pameran digital bagi hasil inovasi, Hab metaSEL juga berperanan sebagai pusat maklumat setempat yang menyimpan dokumen, data pertandingan, serta rekod prestasi dan pencapaian terdahulu yang berkaitan dengan pelaksanaan inovasi di peringkat negeri. Hab ini juga menyediakan pelbagai maklumat berguna terutamanya bagi penggiat inovasi seperti dana penggerak inovasi, perkongsian ilmu inovasi dan pengurusan harta intelek.
• Senarai pemenang bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) tahun 2010 sehingga 2025
https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1262
• Senarai pemenang bagi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) tahun 2019 sehingga 2025
https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1263