PENGENALAN HAB INOVASI SELANGOR


Diterbitkan: 03 October 2025
Published

Hab Inovasi Negeri Selangor merupakan sebuah inisiatif strategik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Selangor) pada tahun 2025. Inisiatif ini diwujudkan sebagai satu platform untuk menghimpunkan, menyelaras dan memperkasakan pelbagai produk inovasi yang bernaung di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, serta sebagai pusat rujukan kepada usaha-usaha inovasi yang telah dan sedang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor.

Hab ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem inovasi sektor awam negeri Selangor dengan memberi tumpuan kepada produk-produk inovasi yang terhasil daripada program rasmi seperti Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) dan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS). Pertandingan AINS bukan sahaja disertai oleh jabatan dan agensi kerajaan, malah turut menerima penyertaan daripada pelbagai pihak lain termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sektor swasta, akar umbi, serta sekolah-sekolah di Negeri Selangor.  Perkara ini mencerminkan keterbukaan dan semangat kolaboratif dalam memupuk budaya inovasi merentas sektor.

Selain menjadi pusat pameran digital bagi hasil inovasi, Hab Inovasi juga berperanan sebagai pusat maklumat setempat yang menyimpan dokumen, data pertandingan, serta rekod prestasi dan capaian terdahulu yang berkaitan dengan pelaksanaan inovasi di peringkat negeri seperti Produk Inovasi Pengkomersialan yang menyimpan data berkaitan produk inovasi tersebut serta status pengkomersialan. Melalui pendekatan ini, SUK Selangor berhasrat untuk menyediakan sumber rujukan yang mampan, menyokong pembangunan dasar berasaskan data, serta mendorong penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi yang inklusif dan berimpak tinggi.

• Senarai pemenang bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) tahun 2010 sehingga 2025

https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1262

Senarai pemenang bagi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) tahun 2019 sehingga 2025

https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1263

 

Dikemaskini: 03 October 2025, 21:29
Kongsi:

Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.